Friday 13 January 2012

Hujan


Dah seminggu hujan tak henti2, nasib baik jgk ler tk lebat sgt, kalu tk banjir ke3 dah tentu melanda....tp ari ni or esok mungkin kot... kesian kat matahariku, tk dapat memancarkan sinarnya yg gah, kesian kain2 kat jemuran, dah lain baunya, kesian kat baby cow abah, kesejukan ler kat kandang yg basah...kesian kat orkid ummi...tengok tu
kalau tak bukan main gah lg, tika tu matahariku memancarkan sinarnyalah...




alahai bkn kita jer yg rindukan matahari kan!! pohon2 juga, haiwan juga, ye lah...makhluk Allah..
Ya Allah dalam asyik dok layan blog, air dah memenuhi jalan kat depan rumahku, aduh, nak kutip barg2 yg mana perlu disimpan, yg perlu, boleh ku hanyutkan jer, tk ada lain daun2 bungaku aje.

Thursday 5 January 2012

Kisah adik....






04.01.2012
11.15 mlm, phoneku berdering, no sapa plak niiii? namun ku sambut jua, hanya esakan yg kedengaran...
"Ya Allah, adik ke? apa ni?"
Berlangsunglah sessi pertama, yg jelas ku dengar hanya
"Adik nak balik, susah dok sini, tak dak sapa nak layan adik"
 Aduhai..berkecamuk juga rasanya, tp kuatkan hati, lindungi suara yg bergetar, ku asakkan semangat biarpun sedikit tabahku juga luntur...terputus.
Berbunyi lg phone ku, dan dah ku jangka, adik call lg, layan jer....oklah, dan 50-50.
"hari jumaat ummi mari deh, bawa jam loceng adik dan asam boi"
Hatiku sedikit berbunga. Terputus, habis syiling agaknya.
Tak senang duduk, call sessi ketiga, hurmmm..alhamdulillah 100% clear, siap pesan supaya bawa telekung solat satu lg....Syukur Ya Allah.

2012 buat Ummi n Abah





 
Syukur alhamdulillah dengan izinMu Ya Allah, 
dapat ku nikmati lagi udaraMU di 2012.
Kesyahduan malam ku kenangi kembali apakah
yg telah ku perolehi, apakah yg telah ku berikan,
apakah yg telah ku temui, apakah yg telah ku harungi,
dan 2011 penuh kenangan ku simpan kemas dalam ingatan.
Selamat tinggal 2011. biarkan semuanya menjadi sejarah kehidupan
Selamat datang 2012, semoga perjalananku lebih baik,
lebih bererti dalam semalam. Insyaallah.

01.01.2012
1.30 pg, kampungku dilanda banjir, kami sekeluarga
kalut memulakan tugasan menimba kolam, alhamdulillah sebaik jer
keli2 kesayangan ayah dipindahkan ke tempat selamat, air pun melimpah
menenggelamkan kolam....

Beginilah suasana banjir malam tu., halaman rumah
kami digenagi air...






5.30 pg air mula surut, tp jalan keluar masih tidak boleh dilalui,
nasiblah bekalan makanan masih ada, seronok juga bersarapan
bersama keluarga....berselera tak terkata. kul 10.00 pg barulah
semua jalan clear.


02.01.2012
Tarikh ini pun tiba, hari yg ku tunggu penuh debar,
kul 7 pg abah, ummi n adik bertolak ke Bachok,
dalam kereta, sunyi jer, sesekali ummi bersuara tp tawar jer responnya...
masing2 melayan perasaan ada gembira tp tenggelam dalam gelodak rasa.
kul 8.30 kami tiba di PPD Bachok dan Abg Jo dah menunggu, kami
terus memasukki perkarangan SMKA Tok Bachok.
Adik bersama abah dan abg Jo menguruskan pendaftaran ,
mujurlah abg Jo bawa Fatehah bersama, taklah ummi kesorangan.
Majlis pendaftaran pelajar Tingkatan Satu SMKA Tok Bachok di rasmikan
oleh YDP PIBG YBhg.Dr Ilyas Hussin, syukurlan semuanya berjalan lancar.
Seramai 124 org yg mendaftarkan diri terdiri dari pelajar yg mendapat 5A dlm
UPSR 2011, 100% pelajar ditempatkan di asrama.
"Duduklah dik, ummi dan abah korbankan perasaan sendiri demi masa depan adik. Adik jadilah anak yg baik, pelajar yg berjaya yg akan mengharumkan nama, keluarga dan masyarakat insyaallah"
Hanya itu yg mampu ku tuliskan buat puteri bongsuku, bila diminta menuliskan pesanan kepada anak2 dalam majlis itu.
Terlalu berat, terlalu sunyi, dlm perjalanan pulang,
hanya diam......Malamnya ke Pasir Puteh, hantar ekin menaikki bas ke Melaka,
Ya Allah, pertama kali ummi nampak abah mengesat airmata bila menghantar anak2...yg tinggal hanya kami berdua, Entah pukul berapa aku terlena...............

03.03.2012
Persekolahan sesi 2012 bermula, pintu rumah ku kunci,
7.00 pg dengan lafaz Bismillah......kami bertolak ke sekolah masing2.
Semoga Allah mempermudahkan segala kerja buat kami,
supaya dapat dilangsaikan dengan sempurna dan berjaya.
Insyaallah.